like

Monday 30 December 2013

Adhira Najwa untuk 2014



esok dah start masuk tahun baru 2014 , maknanya aku dah 20 tahun.. omaigad.. tuanya dah masuk zaman 20an.. haha
takpe , tua tua tetap comel.. hiks ( perasan )

bila dah tahun baru semua nak buat azam baru.. padahal awal muharram hari tu dah buat azam tapi versi islamic.. hehe
tahun 2014 kena la azam baru jugak. :D

so, azam baru untuk 2014 :
1. nak kumpul aset aset banyak banyak macam kereta , stock barang jualan penuh 1 rumah . hewhew
2. nak catat semua duit keluar masuk.. malas ke tak kena buat jugak !
3. nak kumpul RM50k dalam akaun dalam masa 6 bulan.
4. superbike sebijik (jangan berangan , bawak motor pun tak reti) haha.
5. nak sibuk kan diri dengan bisnes

azam aku semua berkaitan dengan duit. haha. bukan gila duit , tapi sebagai peniaga duit tu sangat penting.

so,tamat detik 2013 malam ni dan tamat lah semua yang berlaku.. kenangan sila terus jadi kenangan jangan jadi masa hadapan. saya tinggalkan awak kenangan sebab sy taknak awak jadi masa depan sy. faham tak wahai kenangan ? ke nak ulang lagi ? taknak kan ? jadi tolong faham. haha. kerek gila.

haa,satu lagi.. sebab orang selalu kata aku ni kuat marah.. jadi cuba belajar relaks ye Adhira Najwa.. jangan marah marah nanti cepat tua.. kita senyum jeeeeeeeee..... macam ni ---> :)
kan comel sangat (pleaseeee -.- )
tapi aku chill je skang , kalau dulu marah habis semua kena hentam balik dengan aku.
kira okay ape orang buat aku marah pastu aku senyap je.. (bajet ayu ) haha


lepas ni nak jual muka dekat page facebook bisnes.. bermula hidup sebagai dikenali ramai..
hari tu tak letak pun muka dekat page tapi bila pegi shoping kat KL ramai tegur
"eh,awak ni owner cosmetic rm10 kan"
terasa femes. haha.



sekarang aku tengah menaip sambil dengar lagu dari cite Mujhse Dosti Karoge..
motif sangat.. :p


okay la , dah taktahu nak tulis ape.. jadi beta mahu undur diri.. 
ah , kononnya ada orang tu nak kejut kita bangun tido.
pastu ngejek kata suara aku bangun tido.. 
siap buat lagi nada baru bangun tido untuk aku.. sekali tadi aku kejut dia bangun tido
haha, habis cover ye sayang suara.. haha..

and last untuk sayang sy :
final exam nak dekat.. jadi belajar..baca buku sampai hadam setiap perkataan dalam buku tu.. haha..
makan jangan lupe , nanti perut masuk angin.. wawa dah topup bau kegemaran abang..
makan vitamin c tu.. nanti selesema..jangan kuat membebel..
ape lagi ek.. haa..jangan asek nak buli wawa je.. faham ? haha (kejam)


okay la.. kita jumpa lagi tahun 2014
dan taktahu lagi bila aku nak update blog ni nanti
mungkin busy mungkin sangat busy.. mungkin.. hewssss

akhir kata mintak maaf dari hujung kuku jari tangan sampai tapak kaki andai tersalah silap sepanjang 2013
terkasar bahasa (ni bukan TER dah ,ni memang hangin) haha. okay la..semua dah besar pandai fikir.. tak elok bergaduh..masing2 ada hidup sendiri , masing2 ada alasan sendiri kenapa buat mcmtu..
but i'm always doakan uollss semua.. jadi insan insan yang baik ye semua.. kita jumpa di syurga..! :)
assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment